Assalamualaikum semua......hari ni cikgu fiffy nk berkongsi aktiviti cikgu fiffy dalam bengkel baru-baru ini..exited sgt cikgu dan kawan-kawan dapat main clay..best tu...teringat zaman kanak-kanak,,!!
okay,bahan utama yang sgt dinantikan adalah,,,,jeng,jeng,jengggg........
| BROWN CLAY/TANAH LIAT |
tanah liat ni bkan macam tanah liat yang kita selalu main mase zaman kecik-kecik dulu tu...clay yang ini mahal harganya. Gambar kt atas ni menunjukkan BROWN CLAY yang masih keras lagi. kalau kita nak cairkan clay ni kita kner la masukkan dalam oven dlu...clay ni boleh digunakan banyak kali...
ciri-ciri brown clay ni:
- Boleh membentuk pelbagai jenis rekabentuk
- Boleh dibakar didalam oven untuk mencairkannya sebelum kerja-kerja rekabentuk.
- Setelah siap dibentuk, brown clay ni boleh digunakan semula untuk merekabentuk.
| ini lah ovennya!! |
haaa...ini lah ovennya,kami semua kene design MOUSE computer yang lain dari lain yang berciri-ciri ergonomik untuk tangan kita. so, sebelum kita uli clay ni,kita panaskan dulu. Sebabnya, mudahlah kita nak bentukkan clay ni.jom menguli....
selepas kita masukkan tanah liat ini dalam oven dalam tempoh bberapa minit kita blh keluarkanla. tp jgn lupa gunakan sarung tangan sebab panas..karang melecur pulak tangan tu. Selepas itu barulah gunakan pisau untuk asingkan/pisahkan kedua-dua tanah liat yang melekat ni.
| peralatan membentuk |
untuk kerja-kerja men"design" mouse ni, kita gunakan peralatan yang tertentu. Cube lihat gambar diatas,,,alatan-alatan ni la yang digunakan untuk hasilkan rekabentuk yang cantik. Dgn alatan ni kita blh memotong,mengukir dan membentuk tanah liat kita.
jadi,inilah hasil kerja menguli kami..hehehe...mouse ni kalau dijual nk bli x??...hehe.
Setelah kami berjaya menguli brown clay ni, kami diperkenalkan dengan PAPER CLAY pula...jom kita lihat ape pulak keistimewaannya..
![]() |
| inilah paper clay tu. |
ciri-ciri Paper clay ni:
- Boleh membuat bentuk menggunakannya
- Tetapi tidak boleh digunakan semula.
- Tidak boleh dipanaskan
- Cepat mengeras.
untuk paperclay ni,kita x perlu panaskannya,tapi kita terus uli...kene cepat sebab nanti dia cepat mengeras.jom lihat hasilnya,,....
inilah hasilnya,mouse berbentuk tangan...selsesa sgt menggunaknnya,,,hehe,,,ini yang kami design la..
hasil dari yang pakar menggunakan paper clay...
hasil dari yang pakar menggunakan paper clay...

comey kannn!!!!
ha,,,itu shaja untuk kali ini...paper clay dan brown clay ni boleh buat mcm2 tau...jumpa lagi,Assalamualaikum...

























