Thursday, May 2, 2013

PRINSIP REKABENTUK

Topik CIKGU FIERA hari ini adalah PRINSIP REKABENTUK....Apa itu prinsip rekabentuk???jom berkongsi ilmu.



 
Sebagai usaha pereka untuk mengekspresikan dirinya dan menghasilkan sesuatu yang bermakna daripada bahan yang digunakan , mereka menyedari bahawa melalui proses keseimbangan, pergerakan, perspektif, harmoni dan kesatuan 
terhadap elemen-elemen rekabentuk, satu hasil kerja yang menarik dan bermutu yang dihasilkan. Proses ini dikenali sebagai PRINSIP REKABENTUK.


PRINSIP REKABENTUK

1) Adalah konsep untuk menyusun maklumat visual.  ia merupakan suatu gambaran tentang bagaimana kita mengamati dan memproses maklumat visual serta merupakan idea bagi menghasilkan imej dua dimensi.

2) Prinsip rekabentuk dapat membantu kita membuat keputusan tentang bagaimana untuk menggunakan elemen-elemen rekabentuk. 




KESEIMBANGAN
  • kesamaan dan perpaduan dari segi berat, tarikan dan tumpuan perhatian yang terdapat dalam suatu susunan unsur-unsur seni. 
  •  Imbangan merujuk kepada pembahagian yang bersebelahan atau berpadanan sama ada di sebelah kiri dan kanan atau atas dan bawah. 



PERSPEKTIF


  • Dihasilkan apabila objek dalam ruang dua dimensi disusun agar kelihatan lebih realistik.
  • Perspektif memberikan makna hubungan antara objek-objek yang dilihat dalam suatu ruang.
  • Mewujudkan sifat realisme kepada imej visual.
  • Boleh dicapai melalui penggunaan saiz objek yang relatif, objek yang bertindan dan objek yang dikabur atau dijelaskan.

                       HARMONI
Sesuatu rekaan seni visual yang melibatkan susunan @ ulangan unsur-unsur seni 
 visual mengikut cara dan prinsip yang tersusun 
 dan menimbulkan kesan yang 
 menarik.
Dalam konteks seni, ulangan garisan, rupa, bentuk, jalinan dan ruang dalam gaya dan arah yang tertentu @ berpandukan garisan grid akan menghasilkan gubahan yang harmoni. 



KESATUAN/PADUAN

 

  • Kesemua unsur-unsur di dalamnya mempunyai satu tema atau idea yang sama dan menyeluruh.  
  • Penggunaan unsur seni, tema serta rekaan yang baik dapat mewujudkan kesatuan pada sesuatu gubahan seni visual. 
  • Mengaplikasikan prinsip kesatuan dalam karya seni akan menjadikan hasil itu kelihatan lebih lengkap,teratur dan sempurna. 
  • Menimbulkan kesan yang sepadu dan memberi impak dari segi kekuatan karya.
  


Sekian saja untuk hari ini.....,,,jumpa lagi yer semua.. !!!

WARNA WARNI HIDUPKU...

Assalammualaikum semua..hari ni CIKGU FIFFY nk teruskan kelas kita dengan topik kita WARNA...


 I love red and pink!
itu CIKGU FIERA la..tp setiap orang ada warna favourite masing-masing dan  pandangan kita kadangkala berbeza mengenai warna. contohnya kan....x semua orang suka warna merah dan begitu juga sebaliknya bagi warna-warna lain.  pemilihan sesuatu jenis warna itu boleh menunjukkan ciri-ciri seseorang itu...benarkah????....



Warna yang sesuai dipakai setiap hari,,,


Isnin: Merah @warna terang (membuat kita lebih bersemangat)

Selasa : Kuning (membuat kita lebih yakin)

Rabu : Coklat @ kelabu (melambangkan kebijakan dan kecerdasan)

Khamis : Ungu @ Biru (melambangkan hari yang penuh dengan kasih sayang)

 Jumaat : Putih @ Hijau (melambangkan kesucian hati dan ketenangan)





 Warna-Warna Asas

Warna-warna asas terdiri  daripada warna biru, kuning dan merah. Merupakan warna-warna hebat kuasanya. Ia merupakan warna utama dalam pembentukkan warna-warna yang lebih pelbagai. Warna asas ini juga dikenali sebagai warna-warna primer.

 


Ton Warna
 
  1.  Disebabkan kesan pancaran terang @ gelap sesuatu warna.
  2.  Ia dihasilkan melalui campuran warna asal dengan putih atau hitam mengikut kadar tertentu. 
  3. Warna akan lebih terang jika dicampurkan dengan warna putih
  4. Warna akan menjadi gelap bila dicampurkan dengan warna hitam. 
  5. Ton warna adalah jenis warna yang berguna untuk mencipta ruang dan bentuk tiga dimensi dalam seni tampak.


       Sewarna

  • Adalah kesan gubahan satu warna dalam beberapa ton
  • ia juga dikenali sebagai warna monokrom.
  •  Nilai warna lebih rendah  jika dicampurkan dengan warna putih. Nilai warna akan terus meningkat  jika dicampurkan dengan warna hitam.


 kelebihan sewarna adalah :
1) Dapat menimbulkan suasana yang harmoni dan selesa.
2) Boleh menimbulkan gambaran ruang dan perspektif.
3) Sesuai untuk ciptaan tekstil, hiasan dalaman, perabot dan sebagainya.







OK..rasenya cukup untuk hari ini CIKGU FIFFY berkongsi ilmu berkaitan warna ni...jumpa lagi nnti ye...Assalamualaikum semua..

SKECTH TIME.....



Assalamualaikum semua...hari ni CIKGU FIERA nak tunjukkan hasil LAKARAN CIKGU FIERA,  macam2 lukisan yang terlintas difikiran time tu...so banyak la version lukisan yang terlakar. Ader lukisan yang kecik,besau,gemuk n kurus,,,hehehe.so jom same2 tengok aper hasilnya....sorry kwn2..lukisan yang tidak seberapa jer yang mampu terlukis...almaklumla, pelukisnya...x pakar mana pn...

i love ice cream,kalau dekat rumah ayah selalu beli.kalau hari-hari orang jual ice-cream tu lalu,hari-harilah dapat makan ice-ream.lukisan kereta tu memang selalu dilukis dari kecik lagi....dan buah rambutan,,favorite tu,manis dan sedap sangat...hadiah??..hehe...semua orang suka hadiah kan... (^_^)


saya seorang penggemar buah-buahan...!!!!

saya suka tengok design-design kasut terkini,,,cantik sangat!!..Buku lambang saya sebagai student lagi....

MCD adalah favorite saya dan saya suka badut,sebab walaupun die sedih,die tetap buat semua orang tersenyum....
Sedap tengok buah-buah ni.....kan..bila tengok gambar buah pelam ni, teringat mak. selalu masakkan pulut makan dengan mangga ni..sedap..kawan-kawan pernah cuba?

coklat....saya suka tengok jer, tapi saya kurang meminatinya,manisss,,,,hehe,,flower, slalu dapat time konvo jer...dan durian, teringat dusun kat kampung,banyak durian.

saya sukakan suasana yang tenang dan banyak pokok...macam dalam gambar ni, tp saya ni gayat,macamana nak duduk atas bukit kan..hehehe

INSYAALLAH...coming soon...as a teacher..
sahabat adalah segala-galanya bagi saya,,,
rindu zaman kanak-kanak..dan carrot, lukisan yang wajib saya lukis masa jadi cikgu tadika dulu...miss my kids.

hidangan nasi ni saya lukis mase tu saya lapar..hehehe..dan lukisan masjid ni wajib saya lukis time cerita kisah2 nabi dekat my little kids---->tadika alif ceria putrajaya



ALHAMDULILLAH...siap juga CIKGU FIERA melakar dan mewarna lukisan CIKGU FIERA.lame jugak lah ambil masa nak siapkan mewarna, almaklumla,,,dah lama tinggal zaman kanak2 ni...hehe..Setiap lukisan mempuntai ceritanya yang tersendiri...bagaimana terkeluarnya ilham nak melukis gambar2 tu... so, harap semua berpuas hati...(^_^).







KREATIVITI....

Asalamualaikum semua....Topik CIKGU FIERA hari ni psal kreativiti...kreatif ker tidak kita ni.????. perasan x bila kita lihat kwn2 buat "design" atau lukis ape2 yang cantik+menarik+tertarik+terbaik kita akan ckp..."wow!!!serius cantik,kreatif la "...kan?..tp kita tau x ape sebenarnya maksud kreativiti/kreatif??

  kreatif??      kreatif ker??      design???  
  faktor keturunan??    kreativiti?  
       macamana nak kreatif???         



Kreativiti ialah kebolehan atau keupayaan untuk mencipta, mewujud dan menghasilkan sesuatu yang baru atau dalam bentuk baru melalui kemahiran imaginasi. Ia melibatkan:


  • Keupayaan berfikir yang dapat Melahirkan idea baru yang unik dan menarik.
  • Keupayaan berfikir secara kritikal dan membuat penilaian secara analitikal terhadap idea dan seterusnya mengemukakan cadangan penyelesaian.
  • Keupayaan berfikir secara praktikal yang dapat menterjemahkan idea dan teori kepada bentuk aplikasi.

Pada pandangan CIKGU FIERA..kreatif ni perkara yang subjektif..mungkin pada kita ianya kreatif,tetapi pada orang lain tidak..bergantung pada individu itu. cuba kita lihat gambar2 lukisan 3D ni,pada saya sgt kreatif,lain daripada lain, dan tak tercapai di akal saya..pandai pelukis-pelukis ini mengolah sesuatu lukisan itu daripada kelihatan sama dari lukisan-lukisan yang pernah kita lihat sebelum ini...sgt kreatif!!!









MACAMANA NAK JADI KREATIF????


jom tanya yang pakar....

 
Bagi diri saya sendiri, saya sering rasakan saya seorang yang kreatif dan banyak idea. So, sini ada beberapa tip yang saya ingin kongsikan bagaimana saya menjana idea…
  • Bergembira & berseronok- idea hebat sering datang bila kita sedang seronok atau bergembira. Contoh, kalau saya tengok ketika workshop jutawan Internet, sesi brainstorming idea, kumpulan yang banyak idea hebat, pastinya datang dari kumpulan yang banyak gelak/bising/ketawa… they are having fun! Idea mudah datang bila kita have fun!
  • Fikir macam budak- Budak-budak banyak idea. Lihat sahaja anak-anak kita (atau anak-anak orang kalau belum ada anak ). Sebabnya, budak-budak tak meletakkan had atau limit pada sesuatu penyelesaian. Kita yang dah dewasa selalu meletakkan “limit” pada sebarang penyelesaian. Sebab itu, kita menjadi tidak kreatif. jadi, fikir seperti budak 6 tahun! (mungkin budak juga sering gembira… sebab itu dapat banyak idea?)
  • Ketahui bahawa ada BANYAK penyelesaian kepada apa sahaja masalah. Bukan hanya SATU! Bila kita fikir hanya ada SATU penyelesaian, kita akan berusaha cari SATU CARA tersebut. Bila fikir SATU, tiada idea yang datang kerana kita akan fikir untuk mendapatkan SATU YANG PERFECT/SEMPURNA. Bila berfikir, fikir BANYAK penyelesaian. Bila memikirkan terdapat BANYAK penyelesaian, kita akan rasa bebas berfikir macam-macam dan tidak hadkan idea kita.
So, di atas adalah 3 tip saya selalu gunakan untuk menjana idea dan menjadi kreatif .Sebagai tambahan, maksud “kreatif” adalah “menambah nilai” atau “improve”. Kalau kita fikir begini, lagi mudah untuk jadi kreatif walaupun kita bukan orang yang kreatif! 



SUMBANGAN IDEA:
  •  http://www.irfankhairi.com/blog/perniagaan/cara-menjadi-kreatif-dan-menjana-idea/