Thursday, May 23, 2013

HARTA INTELEK


Sebelum kita memulakan perkongsian ilmu ini,jom kita lihat video ni dulu!!...






Sejarah
 Kegunaan moden bagi istilah hak milik intelektual bermula seawal 1867 dengan penubuhan Persekutuan Jerman Utara yang perlembagaannya memberikan kuasa legislative bagi perlindungan hak milik intelektual (Schutz des geistigen Eigentums) kepada persekutuan

Harta Intelek
Atau dalam bahasa inggerisnya:( intellectual property atau IP) merupakan istilah yang merujuk kepada beberapa jenis ciptaan fikiran berlainan yang hak esklusif diakui. 
Harta intelek dalam bidang undang-undang merujuk kepada hasil kreativiti manusia yang merangkumi pelbagai perkara seperti karya muzik, sastera dan seni; rekacipta; dan simbol, nama, imej dan reka bentuk yang digunakan dalam perniagaan termasuk Hak cipta, cap dagangan, paten dan hak-hak lain yang berkaitan.



Di bawah undang-undang Harta intelektual, pemilik diberikan hak esklusif tertentu bagi  pelbagai aset tidak nyata, seperti muzik, penulisan, dan karya seni, jumpaan dan ciptaan dan perkataan, farsa, symbol dan reka bentuk.


 
Di bawah undang-undang harta intelek, pemegang salah satu dari harta-harta yang bersifat abstrak ini mempunyai hak-hak eksklusif tertentu untuk harta intelek yang mereka cipta.

Harta intelek juga terdiri daripada : 
  Paten
• Cap Dagangan
• Hak Cipta
• Reka Bentuk Perindustrian
• Petunjuk Geografi
• Reka Bentuk Susun Atur Litar Bersepadu


1) Paten

contoh

Satu pemberian (grant) yang memberi hak eksklusif kepada pereka cipta untuk membuat, mengguna dan menjual rekaciptanya di Malaysia untuk tempoh 20 tahun dari tarikh pemfailan permohon.


 2) Cap Dagangan 

contoh
  • Adalah tanda yang diletakkan pada barang atau
perkhidmatan yang dikeluarkan oleh seseorang pengeluar untuk mengenal dan membezakannya daripada barang atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh pihak lain.
  • Pendaftaran berkuat kuasa selama sepuluh tahun dan boleh diperbaharui tiap-tiap sepuluh tahun.

3) Reka Bentuk Perindustrian

contoh
Ciri-ciri rupa bentuk, tatarajah, corak atau hiasan yang digunakan  terhadap suatu barang melalui apa-apa proses atau cara perindustrian yang mana ciri pada barang yang disiapkan adalah menarik pandangan mata.
 Tempoh perlindungan adalah selama lima tahun daripada tarikh pemfailan dan boleh dilanjutkan dua kali selama lima tahun setiap kali lanjutan.

4) Hak Cipta 

  • Adalah hak eksklusif yang diberikan oleh undang-undang kepada pemilik karya seperti karya sastera, seni, muzik, rakaman bunyi, filem dan siaran untuk mengawal karya tersebut bagi satu tempoh yang telah ditetapkan 
  •  Pada amnya tempoh perlindungan adalah sepanjang hayat pencipta dan lima puluh tahun selepas kematiannya.

                                   5)Petunjuk Geografi


  • Petunjuk yang mengenal pasti indikasi dari mana sesuatu barang itu berasal di mana kualiti kerja, reputasi atau lain-lain ciri barang tersebut dikaitkan dengan tempat asal ia dikeluarkan. 
  • Tempoh perlindungan adalah selama 10 tahun dan layak diperbaharui semula. 

6) Reka Bentuk Susun Atur Litar Bersepadu
 
contoh
  • Susunan tiga dimensi unsur-unsur sesuatu litar bersepadu yang disediakan bagi sesuatu litar bersepadu yang dimaksudkan untuk di kilang. 
  • Tempoh perlindungan adalah selama 10 tahun dari tarikh mula ia dieksploitasi secara perdagangan.


Kepentingan Harta Intelek

1) Pembangunan harta intelek di dalam sesebuah negara akan meningkatkan tahap inovasi, ekonomi dan menganjaknya ke sebuah negara berasaskan ekonomi pengetahuan.


2) Faktor penting yang mempengaruhi pelaburan dari luar terutamanya untuk bidang perniagaan yang berasaskan pengetahuan.

Sambutan Hari Intelek Sedunia

Disambut pada 26 April setiap tahun untuk meningkatkan kesedaran masyarakat awam tentang apa itu harta intelek dan bagaimana ia menggalak bukan saja perkembangan muzik, kesenian dan hiburan tetapi juga inovasi produk dan teknologi.



Undang-Undang Yang Melindungi Harta Intelek Di Malaysia
  1. Akta Cap Dagangan 1976
  2. Akta Paten 1983
  3. Akta Hakcipta 1987
  4. Akta Rekabentuk Ciptaan Industri 1996
Mengikut laporan agensi antarabangsa Pertubuhan Harta Intelek Sedunia (WIPO) mengenai perkembangan paten di Asia, China, Korea Selatan dan Jepun adalah negara yang berada di tempat 10 teratas sebagai negara yang paling banyak menfailkan paten.

Di Malaysia, terdapat penambahan 70% jumlah paten yang difailkan pada peringkat antarabangsa iaitu dari 60 ke 103 pada tahun 2007.






Pelaksanaan Sistem Perlindungan Harta Intelek.

Dikendalikan :
  •   Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna 
  •  Perbadanan Harta Intelek Malaysia (PHIM) 
Tujuan:  
  1. Memberi perlindungan kepada harta intelek selaras dengan amalan
    antarabangsa demi kepentingan perdagangan.
  2. Mengesan perkembangan bidang harta intelek di peringkat tempatan
    dan antarabangsa dan membuat dasar-dasar berhubung dengannya
  3. Menggubal undang-undang yang sewajarnya untuk memudahkan
    pereka ciptaan inovasi dan aktiviti intelek yang kreatif
  4. Memastikan pendaftaran paten dilakukan selaras Akta Paten 1983.
  5. Memastikan pendaftaran cap dagangan dilakukan selaras dengan Akta Cap Dagangan 1976 
  6. Memastikan pendaftaran reka bentuk perindustrian dilakukan selaras dengan Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996 


okay semua..ini sahaja untuk kali ini dari cikgu fiffy,,kita berkongsi ilmu lagi nanti,jumpa untuk topik akan dtg,,!! Assalamualaikum.....

sumbangan:




No comments:

Post a Comment