Friday, May 10, 2013

MOCK-UP # MODEL# PROTOTAIP

Assalamualaikum semua....berjumpa lagi kita untuk topik seterusnya berkaitan MOCK-UP,MODEL DAN PROTOTAIP. Jom kita pergi satu persatu yer....


MOCK-UP???


  • Dalam pembuatan dan rekabentuk, mock-up adalah skala@saiz penuh model rekabentuk@peranti yang digunakan untuk pengajaran, demonstrasi,rekabentuk penilaian,promosi dan lain-lain tujuan.
  • Menyediakan sebahagian kurangnya fungsi sistem dan membolehkan ujian rekabentuk.
  • Dibuat untuk test produk dan digunakan oleh pereka terutama untuk memperolehi maklum balas dari pengguna.
 
  • Merupakan objek yang paling basic sekali dan kebiasaan warnanya seperti warna asal yang dikehenadaki.
  • Boleh juga dihasilkan daripada kertas@board dan selalunya digunakan semasa brain storming.  
 
 
MODEL ??


  • Alat yang boleh digunakan untuk persembahan, pertunjukan, mengumpul dan mendapatkan permit dan untuk tujuan jualan.
  • Model kajian yang kasar bolah dibuat dengan cepat menggunakan cardboard, blok kayu,polisterena, foam boards dan bahan-bahan lain.
  • Model tersebut adalah 1 alat yang berkesan untuk memahami 3 dimensi rekabentuk yang digunakan oleh arkitek, pereka dalaman, dan pereka pameran.
  • Lebih terperinci daripada mock-up dimana ada butiran dibuat tetapi bukan butiran yang sebenar.  




PROTOTAIP??

  • Suatu jenis bentuk @ contoh dari beberapa barangan yang asli yang berfungsi sebagai contoh, asas, lambang@standard untuk hal-hal lain daripada kategori yang sama.
  • Lebih advance dari model kerana bentuknya yang sama dengan objek sebenar.
  • Bahan yang digunakan adalah bahan yang sama.
  • Tujuan: untuk display sahaja.
CONTOH:  kedai sushi yang mempamerkan  sushi diluar kedai. Tidak boleh dimakan (yang dipamer shj) .

  


ok..itu sahaja dari CIKGU FIERA...jumpa lagi, Assalamualaikum semua,




sumbangan :

ERGONOMIK


Assalamualikum semua....hari ni CIKGU FIERA nak berkongsi topik kita berkaitan ciri-ciri ERGONOMIK yang perlu ada dalam apa jua rekabentuk.


ERGONOMIK
  • Berasal daripada perkataan GREEK iaitu ERGOS (kerja) dan NOMOS (undang-undang semulajadi). 
  • Bermaksud rekaan mesin@produk yang disesuaikan dengan fizikal manusia. 
  • Prinsip-prinsip ergonomik adalah untuk membaiki penggunaan antara pekerja dengan tempat kerja.
  • Penting bagi mengelakkan kesakitan pada tubuh badan manusia.  
  
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI CIRI-CIRI ERGONOMIK.


1)Posture badan dan pergerakan.
(duduk#berdiri#mengangkat#menolak dan lain2).




(2) Faktor persekitaran tempat mereka bekerja 
(bunyi#gerakan#pencahayaan#terlalu sejuk#terlalu panas dan lain-lain).


(3)Menyampaikan maklumat dan operasi 
  • Maklumat yang diperolehi melalui penglihatan @akal, kawalan, hubungan antara paparan dan kawalan.
Contoh 1 :

  Kedudukan susun atur dalam kereta yang sama seperti break,signal,side mirror,paparan meter dan lain-lain. Ini kerana, ciri-cirinya haruslah ergonomik bagi mengelakkan pemandu-pemandu keliru . Tetapi terdapat juga kereta yang kedudukannya tidak sama,tetapi perbezaan ini tidak ketara sangat.

c




Contoh 2 : 

Selain daripada kedudukan kereta, traffic light juga mempunyai konsep yang sama seluruh dunia. Memiliki 3 warna  iaitu merah,hijau dan kuning. kedudukan warna ini adalah sama seluruh dunia . Ini bagi mengelakkan pemandu daripada keliru memandu  kenderaan yang dibawa di negara yang berbeza



PRINSIP ERGONOMIK

1) Bekerja pada ketinggian yang betul.
2)Mengurangkan kuasa berlebihan.
3)bekerja dalam kedudukan badan yang baik.
4) Mengurangkan pengulangan yang berlebihan.
5)Mengurangkan keletihan.
6) Meningkatkan organisasi kerja.
7)Memastikan segalanya mudah dicapai.
8)Memberi penjelasan dan akses.
9)Mengekalkan persekitaran yang selesa.


 




sekian sahaja untuk kali ini...jadi, setiap apa sahaja dipersekitaran kita perlu ada ciri-ciri ergonomik. ini bagi mengelakkan berlakunya kecederaan pada anggota badan kita semua.jumpa lagi....



Ok..sebelum itu,jom kita layan video ni....penting tau ciri2 ergonomik tu!!