Thursday, May 2, 2013

WARNA WARNI HIDUPKU...

Assalammualaikum semua..hari ni CIKGU FIFFY nk teruskan kelas kita dengan topik kita WARNA...


 I love red and pink!
itu CIKGU FIERA la..tp setiap orang ada warna favourite masing-masing dan  pandangan kita kadangkala berbeza mengenai warna. contohnya kan....x semua orang suka warna merah dan begitu juga sebaliknya bagi warna-warna lain.  pemilihan sesuatu jenis warna itu boleh menunjukkan ciri-ciri seseorang itu...benarkah????....



Warna yang sesuai dipakai setiap hari,,,


Isnin: Merah @warna terang (membuat kita lebih bersemangat)

Selasa : Kuning (membuat kita lebih yakin)

Rabu : Coklat @ kelabu (melambangkan kebijakan dan kecerdasan)

Khamis : Ungu @ Biru (melambangkan hari yang penuh dengan kasih sayang)

 Jumaat : Putih @ Hijau (melambangkan kesucian hati dan ketenangan)





 Warna-Warna Asas

Warna-warna asas terdiri  daripada warna biru, kuning dan merah. Merupakan warna-warna hebat kuasanya. Ia merupakan warna utama dalam pembentukkan warna-warna yang lebih pelbagai. Warna asas ini juga dikenali sebagai warna-warna primer.

 


Ton Warna
 
  1.  Disebabkan kesan pancaran terang @ gelap sesuatu warna.
  2.  Ia dihasilkan melalui campuran warna asal dengan putih atau hitam mengikut kadar tertentu. 
  3. Warna akan lebih terang jika dicampurkan dengan warna putih
  4. Warna akan menjadi gelap bila dicampurkan dengan warna hitam. 
  5. Ton warna adalah jenis warna yang berguna untuk mencipta ruang dan bentuk tiga dimensi dalam seni tampak.


       Sewarna

  • Adalah kesan gubahan satu warna dalam beberapa ton
  • ia juga dikenali sebagai warna monokrom.
  •  Nilai warna lebih rendah  jika dicampurkan dengan warna putih. Nilai warna akan terus meningkat  jika dicampurkan dengan warna hitam.


 kelebihan sewarna adalah :
1) Dapat menimbulkan suasana yang harmoni dan selesa.
2) Boleh menimbulkan gambaran ruang dan perspektif.
3) Sesuai untuk ciptaan tekstil, hiasan dalaman, perabot dan sebagainya.







OK..rasenya cukup untuk hari ini CIKGU FIFFY berkongsi ilmu berkaitan warna ni...jumpa lagi nnti ye...Assalamualaikum semua..

No comments:

Post a Comment