Topik CIKGU FIERA hari ini adalah PRINSIP REKABENTUK....Apa itu prinsip rekabentuk???jom berkongsi ilmu.
Sebagai usaha pereka untuk mengekspresikan dirinya dan menghasilkan sesuatu yang bermakna daripada bahan yang digunakan , mereka menyedari bahawa melalui proses keseimbangan, pergerakan, perspektif, harmoni dan kesatuan
terhadap elemen-elemen rekabentuk, satu hasil kerja yang menarik dan bermutu yang dihasilkan. Proses ini dikenali sebagai PRINSIP REKABENTUK.
PRINSIP REKABENTUK
1) Adalah konsep untuk menyusun maklumat visual. ia merupakan suatu gambaran tentang bagaimana kita mengamati dan memproses maklumat visual serta merupakan idea bagi menghasilkan imej dua dimensi.
2) Prinsip rekabentuk dapat membantu kita membuat keputusan tentang bagaimana untuk menggunakan elemen-elemen rekabentuk.
KESEIMBANGAN
- kesamaan dan perpaduan dari segi berat, tarikan dan tumpuan perhatian yang terdapat dalam suatu susunan unsur-unsur seni.
- Imbangan merujuk kepada pembahagian yang bersebelahan atau berpadanan sama ada di sebelah kiri dan kanan atau atas dan bawah.
PERSPEKTIF
- Dihasilkan apabila objek dalam ruang dua dimensi disusun agar kelihatan lebih realistik.
- Perspektif memberikan makna hubungan antara objek-objek yang dilihat dalam suatu ruang.
- Mewujudkan sifat realisme kepada imej visual.
- Boleh dicapai melalui penggunaan saiz objek yang relatif, objek yang bertindan dan objek yang dikabur atau dijelaskan.
HARMONI
Sesuatu rekaan seni visual yang melibatkan susunan @ ulangan unsur-unsur seni visual mengikut cara dan prinsip yang tersusun
dan menimbulkan kesan yang
menarik.
Dalam konteks seni, ulangan garisan, rupa, bentuk, jalinan dan ruang dalam gaya dan arah yang tertentu @ berpandukan garisan grid akan menghasilkan gubahan yang harmoni.
KESATUAN/PADUAN
- Kesemua unsur-unsur di dalamnya mempunyai satu tema atau idea yang sama dan menyeluruh.
- Penggunaan unsur seni, tema serta rekaan yang baik dapat mewujudkan kesatuan pada sesuatu gubahan seni visual.
- Mengaplikasikan prinsip kesatuan dalam karya seni akan menjadikan hasil itu kelihatan lebih lengkap,teratur dan sempurna.
- Menimbulkan kesan yang sepadu dan memberi impak dari segi kekuatan karya.
Sekian saja untuk hari ini.....,,,jumpa lagi yer semua.. !!!





No comments:
Post a Comment