Sunday, May 12, 2013

ENTROPOMETRIK

 Assalamualaikum semua..berjumpa lagi kita untuk topik seterusnya ENTROPOMETRIK. Apa itu ENTROPOMETRIK??...bebelit lidah CIKGU FIFFY menyebutnya..heheh..jom berkongsi ilmu..!!


ENTROPOMETRIK 
  • Berasal daripada perkataan "Anthro" yang bermaksud Manusia dan  "Metri" yang bermaksud ukuran.
  • Kajian ini mengukur berkenaan dengan saiz fizikal dan bentuk manusia.

  • Merupakan himpunan ukuran dimensi fizikal, keupayaan dan batasan manusia termasuk kekuatan sistem rangka otot manusia dalam pelbagai keadaan dan tatarajah. 
  • Diperlukan untuk merekabentuk barangan seperti Pakaian , Perabot, Kereta, Bas dan lain-lain lagi.
JENIS-JENIS ENTROPOMETRI

  • Antropometri Statis (struktural). 
*Pengukuran manusia pada posisi diam, dan linier pada permukaan tubuh*
  •  Antropometri Dinamis (fungsional).
*pengukuran keadaan dan ciri-ciri  fizik manusia dalam keadaan bergerak atau memperhatikan gerakan-gerakan yang mungkin terjadi saat pekerja tersebut melaksanakan kegiatannya. 



PERKARA YANG MEMPENGARUHI ANTROPOMETRIK

1)Umur
Ukuran tubuh manusia akan berkembang dari saat lahir sampai sekitar 20 tahun untuk lelaki dan 17 tahun untuk wanita. kecenderungan berkurang setelah 60 tahun. 
2) Jantina lelaki pada umumnya memiliki dimensi tubuh yang lebih besar kecuali bagian dada dan pinggul berbanding wanita.


3) Rumpun dan Suku Bangsa


ALAT UNTUK MENGUKUR
Anthropolometer  
  •  suatu alat untuk mengukur jarak, ketinggian dan sudut suatu titik
dari suatu posisi acuan tertentu.

ok..itu sahaja untuk kali ini..jumpa lagi dimasa akan datang!!

No comments:

Post a Comment