Friday, May 10, 2013

ERGONOMIK


Assalamualikum semua....hari ni CIKGU FIERA nak berkongsi topik kita berkaitan ciri-ciri ERGONOMIK yang perlu ada dalam apa jua rekabentuk.


ERGONOMIK
  • Berasal daripada perkataan GREEK iaitu ERGOS (kerja) dan NOMOS (undang-undang semulajadi). 
  • Bermaksud rekaan mesin@produk yang disesuaikan dengan fizikal manusia. 
  • Prinsip-prinsip ergonomik adalah untuk membaiki penggunaan antara pekerja dengan tempat kerja.
  • Penting bagi mengelakkan kesakitan pada tubuh badan manusia.  
  
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI CIRI-CIRI ERGONOMIK.


1)Posture badan dan pergerakan.
(duduk#berdiri#mengangkat#menolak dan lain2).




(2) Faktor persekitaran tempat mereka bekerja 
(bunyi#gerakan#pencahayaan#terlalu sejuk#terlalu panas dan lain-lain).


(3)Menyampaikan maklumat dan operasi 
  • Maklumat yang diperolehi melalui penglihatan @akal, kawalan, hubungan antara paparan dan kawalan.
Contoh 1 :

  Kedudukan susun atur dalam kereta yang sama seperti break,signal,side mirror,paparan meter dan lain-lain. Ini kerana, ciri-cirinya haruslah ergonomik bagi mengelakkan pemandu-pemandu keliru . Tetapi terdapat juga kereta yang kedudukannya tidak sama,tetapi perbezaan ini tidak ketara sangat.

c




Contoh 2 : 

Selain daripada kedudukan kereta, traffic light juga mempunyai konsep yang sama seluruh dunia. Memiliki 3 warna  iaitu merah,hijau dan kuning. kedudukan warna ini adalah sama seluruh dunia . Ini bagi mengelakkan pemandu daripada keliru memandu  kenderaan yang dibawa di negara yang berbeza



PRINSIP ERGONOMIK

1) Bekerja pada ketinggian yang betul.
2)Mengurangkan kuasa berlebihan.
3)bekerja dalam kedudukan badan yang baik.
4) Mengurangkan pengulangan yang berlebihan.
5)Mengurangkan keletihan.
6) Meningkatkan organisasi kerja.
7)Memastikan segalanya mudah dicapai.
8)Memberi penjelasan dan akses.
9)Mengekalkan persekitaran yang selesa.


 




sekian sahaja untuk kali ini...jadi, setiap apa sahaja dipersekitaran kita perlu ada ciri-ciri ergonomik. ini bagi mengelakkan berlakunya kecederaan pada anggota badan kita semua.jumpa lagi....



Ok..sebelum itu,jom kita layan video ni....penting tau ciri2 ergonomik tu!!







No comments:

Post a Comment