Assalamualaikum semua....berjumpa lagi kita untuk topik seterusnya berkaitan MOCK-UP,MODEL DAN PROTOTAIP. Jom kita pergi satu persatu yer....
MOCK-UP???
- Dalam pembuatan dan rekabentuk, mock-up adalah skala@saiz penuh model rekabentuk@peranti yang digunakan untuk pengajaran, demonstrasi,rekabentuk penilaian,promosi dan lain-lain tujuan.
- Menyediakan sebahagian kurangnya fungsi sistem dan membolehkan ujian rekabentuk.
- Dibuat untuk test produk dan digunakan oleh pereka terutama untuk memperolehi maklum balas dari pengguna.
- Merupakan objek yang paling basic sekali dan kebiasaan warnanya seperti warna asal yang dikehenadaki.
- Boleh juga dihasilkan daripada kertas@board dan selalunya digunakan semasa brain storming.
MODEL ??
- Alat yang boleh digunakan untuk persembahan, pertunjukan, mengumpul dan mendapatkan permit dan untuk tujuan jualan.
- Model kajian yang kasar bolah dibuat dengan cepat menggunakan cardboard, blok kayu,polisterena, foam boards dan bahan-bahan lain.
- Model tersebut adalah 1 alat yang berkesan untuk memahami 3 dimensi rekabentuk yang digunakan oleh arkitek, pereka dalaman, dan pereka pameran.
- Lebih terperinci daripada mock-up dimana ada butiran dibuat tetapi bukan butiran yang sebenar.
PROTOTAIP??
- Suatu jenis bentuk @ contoh dari beberapa barangan yang asli yang berfungsi sebagai contoh, asas, lambang@standard untuk hal-hal lain daripada kategori yang sama.
- Lebih advance dari model kerana bentuknya yang sama dengan objek sebenar.
- Bahan yang digunakan adalah bahan yang sama.
- Tujuan: untuk display sahaja.
CONTOH: kedai sushi yang mempamerkan sushi diluar kedai. Tidak boleh dimakan (yang dipamer shj) .
ok..itu sahaja dari CIKGU FIERA...jumpa lagi, Assalamualaikum semua,
sumbangan :










No comments:
Post a Comment