Sunday, May 12, 2013

JALAN-JALAN CARI IDEA...!!

Assalamualaikum semua...ok, hari ni CIKGU FIFFY nak share dengan kawan-kawan pengalaman Cikgu mencari idea dengan ahli kumpulan. Memandangkan tajuk projek cikgu adalah industri kecil dan sederhana(IKS),jadi Kami kene jalan-jalan dulu baru boleh jumpa idea. So, Lokasi yang kami pilih adalah PONTIAN,JOHOR...

.


LOKASI PERTAMA:KG.PARIT SELANGOR

OK. Kami telah sampai ke lokasi pertama dimana pemiliknya adalah En.Sadikon bin Sadiman dan isterinya. Beliau merupakan salah seorang pengusaha tanaman dan produk berasaskan buah nanas. Beliau mempunyai sebuah kedai yang menjual produk hasil dari tanaman buah nanasnya dan sebuah kilang kecil di kawasan kediamannya.

En.Sadikon B. Sadiman (pemilik)

Hasil dari pemerhatian :
1) Pemilik masih menggunakan cara manual semasa proses mengupas buah nanas.


2)Mesin sediaada memerlukan 3 proses hanya untuk menghasilkan jus nanas(mengambil masa yang lama)

Mengupas--> Menghancurkan-->Menapis



LOKASI KEDUA: KG.MEDAN SARI

Setelah kami mendapat dua masalah di kediaman En.Sadikon, kami teruskan perjalanan ke kg.Medan Sari. Disini kami telah berjumpa dengan seorang Pengusaha Makanan sejuk beku. Pemilik kedai tersebut adalah Pn. Norhismawati dan suami. Beliau memiliki sebuah kedai yang menjual makanan sejuk beku tersebut. Terdapat pelbagai jenis Kuih muih yang dibuat dan dijual disini iaitu, Karipap, kuih siput, gendang kasturi dan macam-macam lagi.

Bersama pemilik Pn. Norhismawati



Hasil daripada pemerhatian :
1)Masih menggunakan cara manual untuk menghasilkan karipap .Ia mengambil masa yang lama sekiranya menerima tempahan yang banyak.





ok...Bila masalah dah dikenalpasti,jadi kami kne cari idea untuk selesaikannya..Jadi kami memilih untuk Selesaikan masalah di LOKASI 1 iaitu masalah mengupas buah nanas secara manual..masa untuk DESIGN....!!!



No comments:

Post a Comment